Monday, 27 March 2017

KISAH CINTA ADAM DAN HAWA

      Terlempar dari surga, terpisah dengan belahan jiwa selama kurang lebih 300 tahun, dan Jabal Rahmah saksi pertemuan kisah cinta manusia pertama di muka bumi ini.Malaikat menjadi saksi atas pernikahan manusia pertama ini. Namun karena godaan Iblis, maka keduanya terlempar ke bumi. Dan inilah cikal bakal kisah cinta penduduk bumi selanjutnya. Beragam cinta yang kemudian akan tergores. Cinta yang memang dikaruniakan oleh Yang Maha Mencintai, atau malah nafsu yang sekedar mengatasnamakan cinta. Judulnya cinta. Tentu saja kisah manusia pertama ini adalah kisah cinta sejati yang terbalut dalam sebuah kesucian.

Karena melanggar perintah Allah, maka keduanya terlempar ke bumi. Menurut Ibnu Abbas, meriwayatkan Adam diturunkan di India, dan Hawa di Jeddah. Wow..luar biasa, secara geografis mereka terlempar masih di satu benua. Benua Asia. Hanya saja yang satu terlempar di Asia Selatan, dan yang satu di Asia Barat.

Keduanya tentu saja sama-sama tidak tahu. Kira-kira apa yang mereka rasakan terpisah selama kurang lebih 300 tahun? Sedih, bingung tentu saja. Bertahun-tahun mereka hidup sendirian. Keduanya tidak saling mengetahui lokasi masing-masing hingga Allah memberikan petunjuk. Namun, satu sikap Nabi Adam A.S yang patut kita teladani, selama dalam keadaan terpisah tersebut beliau selalu memohon ampunan kepada Allah. Pertaubatan dengan sebenar-benarnya taubat, hingga Allah memberikan petunjuk dan ampunan.

Tanda-tanda kebesaran Allah pun nampak, setelah beratus-ratus tahun terpisah, keduanya bertemu di sebuah padang gersang-Padang Arafah. Dan lokasi tersebut dinamakan Jabal Rahmah. Yang jadi pertanyaan, apakah keduanya tahu akan saling bertemu di tempat tersebut? adakah logika yang bisa menjelaskan bagaimana perjuangan Nabi Adam A.S ini dalam mencari tulang rusuknya yang hilang? Tidak. Tidak ada penjelasan dari berbagai sumber yang saya dapatkan. Yang pastinya keduanya tidak tahu bagaimana kisah cinta mereka selanjutnya.



Mungkin begitulah manusia sekarang (anak turun Adam-Hawa) sama sekali tidak dapat menerka dengan siapa akan bertemu dengan tulang rusuk yang hilang, kapan, dan di mana pertemuan itu akan terjadi. Teladan yang bisa diambil oleh anak turun Adam di masa kini, perbanyak istigfar dan memohon ampunan kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sungguh kita-manusia-sama sekali tidak bisa menduga-duga bagaimana kisah cinta yang akan tergores nanti. Dan manusia sama sekali tidak bisa mengetahui di mana belahan jiwnya kini. Terpisah sekat geografis kah? antar kota, benua, samudra, atau mungkin dengan orang terdekat- sama sekali tidak tahu-. Dan pastinya, pertemuan anak turun Adam-Hawa dengan belahan jiwa masing-masing, semoga seindah dengan pertemuan moyangnya kelak. Semoga.

Menyingkap asal usul perasaan cinta, kasih dan sayang yang wujud dalam hati manusia, pasti kita sebagai umat Islam terkenang akan kisah Nabi Adam AS dan pasangan syurganya Siti Hawa. Manusia pertama yang dicipta Allah SWT adalah insan bernama nabi Adam ASTatkala Allah SWT mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk yang lain, maka diciptaNya Adam sebagai manusia yang pertama. Makhluk bernama Adam yang dimuliakan darjatnya itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga. Syurga yang indah dan lengkap dengan apa jua yang diingini bersama segala keindahan dan kesenangan di dalamnya.


Ketika hidup bersendirian, Nabi Adam AS mula merasa kesunyian walaupun dihidangkan dengan pelbagai nikmat syurga. Nabi Adam tiada teman yang boleh berkongsi segalanya. Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam AS di dalam syurga.

Adam AS perlukan teman sejenis yang boleh mendampinginya dalam menikmati keindahan syurga yang tidak yang tidak terhingga itu. Walaupun begitu Adam AS tidak merungut atau mengadukan hal tersebut kepada Allah SWT. Namun Allah SWT yang bijaksana lagi maha mengetahui akan perkara yang tersembunyi di dalam perasaan hambaNya. Allah SWT menciptakan teman bagi Adam untuk menghilangkan kesunyian dirinya itu.

Diriwayatkan, suatu masa ketika Adam AS sedang tidur dengan nyenyak, Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril untuk mencabut tulang rusuk Adam AS dari sebelah kiri. Ketika itu, Adam AS  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril

Dengan segala kuasa Allah yang maha besar, dengan hanya berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam. Hawa diciptakan sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kepada Adam AS yang dianugerahkan oleh Allah AWT.
Saat pertemuan Adam dan Hawa cukup romantis. Setelah diciptakan, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk bertatahkan emas dan batu permata, sambil terpesona memperhatikan seorang lelaki kacak yang sedang terbaring di hadapannya.

Adam yang kemudiannya terjaga amat terkejut apabila melihat ada makhluk manusia seperti dirinya di hadapan. Hawa dijadikan dengan bentuk dan paras rupa yang amat sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan,lemah-lembut, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu diwariskan turun temurun dan daripadanya lah maka wujud kecantikan kepada wanita-wanita di bumi. Adam dan Hawa saling melengkapi kerana Adam AS juga dikurniakan Allah SWT rupa paras yang indah, kacak dan tampan seolah-seolah segala keindahan setiap lelaki berada padanya.

Adam amat terpikat pada rupa paras Hawa yang jelita. Allah telah mewujudkan perasaan kasih yang suci di hati Adam AS serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta. Adam AS ditakdirkan jatuh cinta kepada wanita yang paling cantik daripada sekalian yang ada.Ketika Adam pertama sekali bertanya siapakah gerangan si jelita di hadapannya, Hawa lantas menjawab bahawa dia adalah ciptaan Allah dan dijadikan untuk Adam.
 Adam menyedari bahawa nikmat itu adalah kurniaan Allah padanya dan mula menyeru Hawa supaya datang menghampirinya. Namun, hawa yang memang diciptakan dengan perasaan malu telah meminta agar Adam yang datang padanya. Adam yang tidak ragu-ragu terus menghampiri Hawa dan sejak itulah terjadinya lumrah manusia bahawa wanita itu didatangi dan bukan mendatangi.


BACA LAGI >>> KISAH CINTA QAIS DAN LAILA MAJNUN

Tatkala Adam mendekati Hawa dan mula menghulurkan tangannya, maka terdengarlah suatu suara larangan yang meminta Adam menahan dirinya dan menghalalkan pergaulannya dengan Hawa melalui pernikahan dan mahar. Kedua-dua makhluk Allah itu akur dan menurut segala perintah Allah SWT.Allah SWT. Yang Maha Pengasih menyempurnakan nikmat lahir dan batin kepada kedua hambaNya itu. Pernikahan Adam dan Hawa disaksikan para malaikat langit yang

Next

Related


EmoticonEmoticon